Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Bengkel Asas Seni Khat Pelihara Keindahan Kaligrafi Islam

By 24 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Timur Laut)

GEORGE TOWN, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 30 peserta memenuhi Lobi Utama, Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk menyertai Bengkel Asas Seni Khat yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), di sini kelmarin.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan seni khat Nasakh, sebuah seni kaligrafi Islam yang menggunakan huruf-huruf Jawi berasaskan titik.

Peserta mempraktikkan gaya penulisan khat.

Tenaga pengajar bengkel Muhammad Muzamir Mohd Zabidi, anak jati Pulau Pinang yang berpengalaman dalam seni khat sejak tahun 2007, menerangkan bahawa terdapat tiga asas utama dalam menulis khat Nasakh.

“Asas seni khat Nasakh ini terdiri daripada huruf garisan, huruf tunggal dan huruf bergabung.

“Peserta perlu menggunakan alat tulis yang sesuai bagi menghasilkan keindahan melalui kelentokkan huruf-huruf yang ditulis,” katanya.

Menurut Muzamir teknik ini juga memerlukan ketelitian dan pemahaman mendalam bagi mencapai gaya tulisan yang sempurna.

Khat Nasakh berasaskan titik.

Wartawan Malaysia Aktif turut berkesempatan untuk mempelajari seni khat Nasakh yang terdiri daripada enam jenis utama iaitu Riqaah, Diwani, Diwani Jali, Farisi dan Thuluth.

Setiap jenis khat ini sudah pasti memiliki keunikan tersendiri dalam gaya penulisannya.

Keindahan seni kaligrafi Islam ini perlu dipertahankan untuk dikembangkan dan diwariskan kepada setiap generasi, supaya ia tetap hidup dan relevan sepanjang zaman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda