Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

BKKI Imarah Ramadan di Masjid Ikhwanul Islam

By 19 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Safik Effendi Kassim (SARAWAK)

KUCHING, 19 MAC (MalaysiaAktif) – Setiap kali tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, pelbagai program atau aktiviti akan diadakan untuk mengimarahkan bulan tersebut.

Soprin (tengah) turut hadir pada program gotong-royong penyediaan bubur lambuk di sini kemarin.

Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JAPEN Sarawak juga turut memanfaatkan peluang dalam melakukan amal kebaikan dengan memilih untuk mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk 2025 di Masjid Ikhwanul Islam, Taman SUKMA.

Menurut Ahli Jawatankuasa BKKI, Soprin Mairat, 45, program ini julung kali diadakan di Masjid Ikhwanul Islam dan aktiviti utamanya ialah penyediaan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai serta kakitangan JAPEN Sarawak.

Salah satu aktiviti reruai kemarin iaitu pameran dari JAPEN Sarawak.

“Kerja-kerja menyediakan bubur lambuk ini kami buat secara gotong-royong bermula seawal 8:30 pagi.

“Selain itu, kami juga ada mengadakan aktiviti pameran dari JAPEN Sarawak dan khidmat nasihat kewangan oleh Koperasi Co-opbank Pertama direruai yang telah disediakan di perkarangan masjid,” katanya.

Manakala acara kemuncak ialah simbolik perasmian pengagihan bubur dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bersama-sama Pengarah Penerangan Sarawak, Helmy Hamid.

Rakaman Program Takbir Raya Aidilfitri 2025 diadakan di MAsjid Ikhwanul Islam kemarin.

“Kita juga mengadakan rakaman Takbir Raya Aidilfitri bersama jawatankuasa masjid dan warga JAPEN Sarawak yang beragama Islam di masjid ini pagi Isnin,” ujarnya.

Program pengimarahan ini merupakan acara tahunan Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JAPEN Sarawak setiap kali tibanya Ramadan dan yang menariknya pada tahun ini ada penyertaan daripada Kelab Rekreasi Kolej Komuniti Kuching dan PENERANG.

-RJ-

Tinggalkan komen anda