Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Buah ‘Kesindu’ Buah Pulau Borneo Yang Jarang Ditemui.

By 19 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto: Boniface Watt Su/ Abang Haffali Bin Mohd Nor (Sarawak)

PAKAN, 19 Mac ( MalaysiaAktif) – Buah ‘Kesindu’ adalah sejenis kayu keras yang hampir menyerupai pokok belian.

Buah ‘Kesindu’ yang dibawa dari Krian, Saratok oleh Jimmy.

Dua spesis pokok ‘Kesindu’ yang boleh ditemui di pulau Borneo iaitu ‘Kesindu Buan’ dan ‘Kesindu Api’.

Perbezaan buah ‘Kesindu’ ini adalah ‘Kesindu Buan’ mempunyai pucuk berwarna hijau muda manakala ‘Kesindu Api’ mempunyai pucuk berwarna kemerahan dan rasa sedikit pedas.

Buah ‘Kesindu’ ini bercengkerang keras oleh itu tempoh percambahan mengambil masa berbulan-bulan.

Jimmy, 39, penjual buah ‘Kesindu’ di Pakan.

Menurut seorang penjual buah ini yang hanya mahu dikenali sebagai Jimmy, 39, penjual buah ‘Kesindu’ di tamu Pakan, rasa dan bau buah ‘Kesindu’ ini seperti buah jering dan petai dan biji ‘Kesindu’ mengambil masa 2-4 bulan untuk bercambah malah boleh sampai 2 tahun.

“Bekalan adalah dibawa dari kawasan Krian, Saratok dan dibawa ke Pakan untuk dijual,” katanya semalam ketika ditemui.

Buah ini biasanya ditumbuk dengan lesung batu sebelum dimasak bersama dengan daun ubi atau dijadikan pelbagai jenis masakan yang lain.

Tempoh matang pokok ‘Kesindu’ mengambil masa kira-kira 30 tahun berketinggian 18-21 meter.

-RJ-

Tinggalkan komen anda