
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Bagi anak perantau, memori bersama keluarga ketika kecil pasti akan dirindui terutama ketika berbuka puasa.
Seorang penjawat awam, Wan Nasuha Wan Mohamad, 45 yang telah bermastautin di negeri Perlis selama 19 tahun, menyatakan ibu dan ayah berasal dari Kelantan. Oleh kerana khidmat nya dalam kerajaan di negeri Perlis, menjadikan tiap kali bulan Ramadan, memori berbuka bersama ibu dan ayah pasti tidak dilupakan.

Bubur lambuk punya keunikan masyarakat di setiap tempat
“Bubur lambuk dengan keluarga tidak asing bagi kami sekeluarga.
Ibu saya seorang yang gemarkan bubur lambuk, walaupun di luar musim seperti bulan Ramadan, ia tetap menjadi kelaziman ibu menyediakan juadah tersebut,” ujarnya yang ditemui semalam.
Menurut seorang lagi anak perantau yang berasal dari negeri Melaka, Suria Karim, 41, menyatakan juadah bubur lambuk yang disediakan ibunya akan menjadi antara menu yang dinantikan.
Mereka yang ditemui di SK Seri Indera, berkongsi perasaan tentang kelaziman menu makanan di bulan Ramadan iaitu menu bubur lambuk.
Bubur lambuk di setiap negeri mempunyai keunikan dan citarasa nya yang tersendiri.
Namun, bagi anak perantau, bubur lambuk bukan hanya menu makanan tetapi juga sebuah memori yang sentiasa terpahat di hati.
-AA-