
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/ Anuar Che Amat(Perlis)
KANGAR, 8 Mac (MalaysiaAktif) – Bulan Ramadan 1446H masih belum seminggu, namun juadah bubur lambuk udang lipan yang di edar oleh SK Seri Indera, Kangar telah mendapat sambutan yang menggalakkan pada kali pertama edaran.

Edaran bubur lambuk di hadapan sekolah oleh Guru Besar SK Seri Indera
Menurut Guru Besar SK Seri Indera, Shamsul Shuaib@Yaacob yang ditemui semalam, beliau menyatakan penganjuran memasak bubur lambuk secara gotong-royong bersama guru-guru sekolah di SK Seri Indera telah masuk tahun yang ke-2 dengan menggunakan resepi tradisi Perlis dan bahan utama adalah udang lipan.
“Pada hari pertama edaran kepada para ibubapa mendapat sambutan menggalakkan. Setiap selasa dan jumaat lebih kurang jam 4 petang edaran akan dibuat kepada waris anak-anak di sini dan pada Jumaat edaran akan dibuat di hadapan Jalan Utama kepada pengguna jalan raya yang melalui hadapan sekolah,” ujarnya.

Gotong-royong membungkus bubur lambuk udang lipan
Menurutnya, sebanyak 350 bungkusan bubur lambuk telah berjaya di edar pada kali pertama, dan isiannya adalah cukup bagi satu sehingga dua orang merasai juadah bubur lambuk ketika berbuka.
“Saya bercadang, akan membuat tambahan periuk, sekarang ini kami buat satu periuk, mungkin ke hadapan insyaAllah akan ditambah satu periuk lagi dengan tenaga para guru di sekolah dan hanya bagi guru-guru yang berkelapangan membantu,” ujar Shamsul lagi.
Turut hadir ketika sesi gotong-royong membuat bubur lambuk pada pagi tadi adalah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Seri Indera Ezreen Muhaizie Matzukhi.
-AA-