
Laporan/foto: M Zakry Chan/Farisha Farnoh (Melaka)
AYER KEROH, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka menyanjung tinggi usaha dan kecekalan Dak Nor’ untuk merubah nasib diri sekali gus keluar daripada golongan asnaf.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem antara watak penting yang menyokong seorang insan istimewa sehingga berjaya keluar daripada kepompong kesusahan hidupnya.
“Saya amat berharap kisah kejayaan Dak Nor ini memberi inspirasi kepada masyarakat khususnya mereka yang berada dalam kalangan asnaf untuk sentiasa berusaha mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.
“Saya menyeru semua jabatan dan agensi yang mengelola bantuan kepada masyarakat turut memberikan sokongan dan bimbingan berterusan, baik dari segi rohani mahupun jasmani,” katanya Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi bulan Mac 2025 di Grand Ballroom Pusat Dagangan Antarababgsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini semalam.
Dak Nor’ atau nama sebenarnya Nor Komariah Mohd Khalid Lourdes Lio menjadi antara wanita kebanggaan negeri Melaka apabila dinobat sebagai penerima Anugerah Kasih Wanita Cekal sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Mac lalu.

Ketua Menteri Melaka ketika berucap dalam majlis tersebut.
“Dalam pada itu, kerajaan negeri optimis untuk terus menyantuni kebajikan dan denyut nadi rakyat dengan memperuntukkan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri berjumlah RM11.77 juta pada tahun 2025 kepada golongan yang memerlukan berbanding RM10.7 juta pada tahun 2024,” ujarnya.
-ZS-