Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Dua Bazar Aidilfitri Melaka Dinobatkan 10 Bazar Terbaik di Malaysia

By 16 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/FB Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Bazar Aidilfitri Ikonik Banda Hilir mencetuskan fenomena luar biasa apabila merekodkan lebih 100 ribu pengunjung dalam tempoh hanya 15 hari beroperasi.

Ketua Menteri Melaka membuat kunjungan ke Bazar Glam Klebang dan Bazar Ikonik Aidilfitri Banda Hilir

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dua bazar Aidilfitri Melaka dinobatkan antara 10 bazar terbaik di Malaysia oleh Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketua Menteri Melaka bermesra bersama pengunjung yang turut sama membeli keperluan hari raya

“Bazar tersebut ialah Bazar Glam Klebang dan Bazar Ikonik Aidilfitri Banda Hilir, saya turut berpeluang mengunjungi sebahagian Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Melaka. Rata-rata bazar ini dipenuhi dengan pengunjung sekali gus membuktikan kuasa beli rakyat semakin baik.

“Syabas diucapkan kepada semua pihak berkuasa tempatan dan urus setia bazar-bazar ini, saya berharap bazar-bazar ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi bulan Mac 2025, bertempat di Grand Ballroom Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda