Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Bukti Komitmen Kerajaan Negeri

By 23 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)/JAKOA Negeri Perak dan Kedah

TAPAH, 23 Mac (MalaysiaAktif) – Program Gerakan Koperasi Santuni Masyarakat Orang Asal Negeri Perak di Pejabat JAKOA Batang Padang dan Muallim, di sini semalam membuktikan komitmen kerajaan negeri dan gerakan koperasi dalam membantu komuniti Orang Asli.

Saarani turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang hadir merasmikan program memuji kejayaan Koperasi Orang Asli Lata Kinjang Berhad (KOALKB) dalam menguruskan Taman Eko-Rimba Lata Kinjang sehingga mampu mencatatkan pendapatan mencecah RM1.4 juta.

“KOALKB ini dikendalikan sepenuhnya oleh masyarakat Orang Asli yang diuruskan oleh pengurus yang berpendidikan tinggi, mempunyai ilmu serta berkemahiran dalam bidang perniagaan.

Saarani dan Salbiah (kanan) membuat lawatan ke reruai pameran produk usahawan Orang Asli

“Saya berharap semoga koperasi-koperasi Orang Asli lain di negeri ini dapat mencontohi kejayaan dan juga sistem pengurusan KOALKB yang cekap dan efisyen,” ujarnya.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pameran produk usahawan Orang Asli, pertandingan ratu cantik, menyumpit dan program bimbingan keusahawanan bagi membantu mereka mengembangkan potensi dalam bidang perniagaan dan ekonomi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor Datuk Salbiah Mohamed.

“Program ini bukan sekadar pertemuan tetapi satu usaha murni dalam memperkasa komuniti Orang Asal melalui gerakan koperasi, sekali gus meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial mereka,” kata Salbiah.

-AA-

Tinggalkan komen anda