
Laporan/foto: Marshita Othman (Kerian)
KERIAN, 20 Mac (MalaysiaAktif) – Pelantikan jawatankuasa Gerakan Pengguna Daerah (GPD) Kerian bagi sesi 2025/2026 telah diadakan di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, di sini semalam.

Penyampaian Sijil Pelantikan Ahli Jawatankuasa kepada ahli.
Ketua Cawangan GPD Mahdir Sabli, berkata ahli GPD yang baru dilantik seramai 15 orang terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu pentadbiran awam, ahli akademik, ahli perniagaan, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) diharap dapat menjadi pemikir strategik dalam membawa kemajuan kepada daerah ini.
“Mereka akan bertanggungjawab merancang dan menasihati pihak berkuasa tempatan dalam aspek pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur bagi tempoh dua tahun akan datang.
Ahli GPD dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian Inspektor Muhammad Khairuddin Bohari menegaskan tanggungjawab dan amanah yang diberikan akan digalas dengan baik.

Mesyuarat Ahli jawatankuasa GPD Daerah Kerian bilangan 1/2025.
“Kami bersedia untuk menggembleng idea dan tenaga bagi memastikan Kerian terus berkembang sebagai daerah yang makmur dan berdaya saing,” ujarnya.
Sejurus pelantikan, ahli GPD Kerian turut bersama-sama membincangkan perancangan program dan aktiviti bagi memastikan hak-hak sebagai pengguna dapat disampaikan kepada masyarakat.
-ZS-