Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Hari Pertama Bazar Aidilfitri Menara Condong Curi Tumpuan Ramai

By 16 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farid Izzemeer (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Kemeriahan bazar Aidilfitri berhampiran Dataran Menara Condong, mencuri tumpuan apabila dibanjiri oleh orang ramai sempena hari pertama pembukaannya, di sini malam kelmarin.

Azhar menunjukkan kain sampin yang dijual di gerainya.

Bazar Aidilfitri berhampiran bangunan warisan kebangsaan itu merupakan lokasi tetap penganjuran bazar yang diadakan saban tahun.

Pengunjung Attirmizi Baharudin, 31, berkongsi keterujaannya apabila dapat melihat sendiri kemeriahan suasana sekitar bazar.

“Saya sanggup datang dari Sungkai bersama keluarga untuk turut serta dan kami terkejut dengan kehadiran pengunjung yang ramai,” katanya.

Sementara itu, peniaga busana tradisional Azhar Ali, 47, berharap agar perniagaan yang diusahakannya pada tahun ini akan mendapat pulangan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Kumpulan busking dan maskot turut menjadi tumpuan umum.

“Ini merupakan tahun kelima saya berniaga di bazar ini. Saya tidak melepaskan peluang untuk terus memulakan jualan pada hari ini walaupun baharu sahaja tiba dari Tapah,” ujarnya.

Menariknya, selain jualan barangan, pakaian dan kelengkapan hari raya, terdapat pelbagai aktiviti diadakan di dataran menara itu termasuk nyanyian kumpulan busking, permainan belon buih dan sesi bergambar bersama maskot.

-ZS-

Tinggalkan komen anda