
Laporan/foto: Noor Aini/Anuar Che Amat (Perlis)
KANGAR, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Iftar Berjemaah di Masjid Alwi sejak dari awal Ramadan anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis dan juga Masjid Alwi kembali mengimarahkan bulan Ramadan di Perlis.

750 pek makanan untuk edaran
Jom Ramadan Di Perlis 25 mempunyai pelbagai pengisian aktiviti antaranya Qiyam Ramadan Berjemaah, Sahur, Kuliah Subuh, Tazkirah di Ambang Iftar adalah antara pengisian setiap hari di Masjid Alwi termasuk Iftar Berjemaah.

Gazebo, antara ruang makan tersedia, selain khemah yang disediakan oleh pihak masjid
Bagi Nurul Hanis Ahmad Zakwan, 26, dari Kangar menyatakan keterujaan melihat kemeriahan berbuka puasa di Masjid Alwi.
“Saya pertama kali berbuka di sini, apabila di ajak rakan. Saya tak sangka, kemeriahan Iftar berjemaah di sini dengan sambutan yang sangat menggalakkan,” ujarnya ketika ditemui semalam.
Safa Mardiah Mohd Radi, 23, menyatakan setiap tahun menjadi kebiasaan bagi nya berbuka puasa di Masjid Alwi kerana suasana yang meriah.
“Saya memang biasa berbuka di Masjid Alwi, cuma tahun ini hari ini hari pertama saya berbuka puasa bersama rakan kenalan,” ujarnya.
Meskipun kelihatan hujan akan turun, ia tidak menghalang masyarakat sekitar, hadir bersama keluarga mahupun pun rakan untuk berbuka puasa beramai-ramai di sini.
Sepanjang bulan Ramadan ini, pelbagai pengisian program dan aktiviti untuk menarik minat masyarakat mendekati masjid.
Hubungan silaturahim yang erat antara masyarakat dapat dilihat menerusi program sebegini.
-AA-