Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Ikan Empurau Rebutan Pengunjung di Jeti Empangan Bakun

By 19 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Awangku Hamizan/Clarence Chin (Sarawak)

BELAGA, 19 Mac (MalaysiaAktif) –Aktiviti jual beli ikan air tawar, sayur-sayuran dan ulam-ulaman tempatan di Jeti Empangan Bakun, di sini kini semakin mendapat perhatian pengunjung tempatan dan luar daerah Belaga.

Penduduk menjual hasil tangkapan ikan masing-masing.

Antara ikan air tawar yang menjadi rebutan ialah ikan empurau yang juga dikenali sebagai raja ikan sungai Sarawak.

Lokasi yang menjalankan urusan jual beli pelbagai jenis ikan air tawar segar pada harga yang berpatutan ini hanya boleh diakses oleh orang awam pada setiap hari Sabtu dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Seorang penduduk tempatan yang telah berniaga lebih 10 tahun melalui hasil ikan tangkapannya sendiri di jeti tersebut Andrew Balan, 61, berkata harga semasa ikan empurau adalah RM450 untuk sekilogram.

Andrew berasal dari Uma Badeng, Sungai Koyan, Belaga telah berniaga di jeti ini sejak tahun 2013.

Menurutnya, ikan yang dijual berdasarkan gred seperti berat ekor ikan dan sebagainya.

“Pembeli yang datang ke sini adalah termasuk dari Miri, Bintulu, Sibu, Kuching dan penduduk Belaga sendiri.

“Mereka tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke sini untuk mendapatkan pelbagai ikan sungai yang lain,” katanya kelmarin.

-RJ-

Tinggalkan komen anda