Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Ikan Panjut Atau Lansi Jadi Tarikan Di Tamu Pekan Kanowit

By 27 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Rinta Engkamat/Nicholas Anak Jenaka (Sarawak)

KANOWIT, 27 Mac (MalaysiaAktif) – ‘Ikan Panjut’ atau ‘Ikan Lansi’ merupakan spesies ikan sungai yang sering didapati serta banyak dijual dan menjadi tarikan pengunjung di Tamu Pekan Kanowit.

Tonny salah seorang penggemar ikan Panjut.

Ikan ini juga menyerupai ‘Ikan Enseluai’ tetapi saiznya adalah lebih besar.

Menurut salah seoran penggemar ikan tersebut, Tonny Chapie, 39,  berkata ikan timbul setelah banjir besar melanda Kanowit baru-baru ini.

“Kaedah menangkap ikan ini adalah menggunakan pukat ataupun bubu dan ikan ini boleh disajikan dengan pelbagai cara seperti goreng, pansuh, pais dan disalai,” katanya semalam.

Ikan panjut atau Lansi yang dijual di tamu berharga RM10.

Justeru itu, ikan tersebut sering menjadi tumpuan pengunjung yang datang membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya ke Tamu Pekan Kanowit dan dijual dengan harga yang berpatutan iaitu RM10 setompok.

Tinggalkan komen anda