Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Jadi Pengguna Media Sosial Yang Bertanggungjawab Dan Bijak

By 10 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/ Denis Etem (Sarawak)

BAU, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Pada era teknologi maklumat dan digital masa kini, Komuniti MADANI Kampung Tringgus diingatkan agar sentiasa berwaspada dan menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan bijak menggunakannya ke arah positif seperti memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan kaum serta merapatkan hubungan kasih sayang dalam keluarga selain membantu menyebarluas maklumat atau berita berkaitan inisiatif dan isu-isu semasa yang sahih, tepat dan terkini.

Retar mempengerusikan mesyuarat Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan di dewan kampung itu.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan, Retar Yasi, 58, berkata media sosial merupakan alat untuk berhubung dan berkongsi pendapat, maklumat dan sebagainya ke arah kebaikan kepada komuniti, agama dan negara.

“Jadi gunakan ia dengan cara yang betul dan positif ke arah memperkasa perpaduan dan keharmonian kaum di negara kita serta memperkukuh kasih sayang dalam keluarga,” katanya sebaik sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Mesyuarat Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan semalam.

Retar bersama Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan melaksanakan hands on AIFA Chatbot di dewan kampung tersebut semalam.

Tambah Retar, ahli-ahlinya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa memuat turun sebarang aplikasi ke dalam telefon mudah alih.

“Tak semua aplikasi selamat, jadi kita semak sebelum klik agar telefon kita bebas dari ancaman selain sebagai langkah berwaspada, hanya muat turun hanya dari sumber rasmi dan jangan berikan akses yang mencurigakan dan elak menjadi mangsa penipuan digital,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda