Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Jalan Persekutuan FT51 Seremban – Kuala Pilah Dibuka Secara Rasmi Sebelum Aidilfitri

By 21 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Negeri Sembilan)/Wan Ghazali Wan Asman Shukor (JKR Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 21 Mac (MalaysiaAktif) – Pengguna jalan yang menghubungkan antara Seremban – Kuala Pilah menikmati lorong tambahan baharu dengan lebih selesa selepas ini apabila dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pagi tadi.

Antara dif-dif kehormat yang hadir.

Menurut Nanta, KKR komited dengan misi untuk meningkatkan keterhubungan, aksesibiliti dan mobiliti rakyat melalui Jalan Persekutuan yang berkualiti, selamat dan selesa.

“Saya meninjau kerja-kerja persiapan akhir dan merasmikan pembukaan lorong tambahan ini sebagai komitmen daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam menyediakan infrastuktur yang selesa kepada rakyat. Nanta bergambar bersama antara tulang belakang projek.

“Projek ini telah dimulakan pada 20 Disember 2021, bernilai RM18.167 juta, yang mana skop projek termasuk menaik taraf persimpangan Taman Nusa Intan dan persimpangan Bukit Putus Lama, kerja-kerja perparitan dan pembentungan serta penjajaran semula Sungai Linggi,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Arul Kumar Jambunathan dan Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Wira Ir. Roslan Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda