
Laporan: Nor Hidayah Ismail / Mohammad Aszary IIskandar bin Suhai (Sarawak )
BINTANGOR, 27 MAC (MalaysiaAktif) – Pra pelancaran Jambatan Batang Rajang sepanjang 1440 meter yang menghubungkan Jalan Pasi, Sarikei dan Jalan Tanjung Manis/ Sibu telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada pagi tadi.

Douglas Uggah semasa temu bual bersama wartawan sempena pra pelancaran Jambatan Batang Rajang tadi.
Projek tersebut merupakan sebahagian daripada projek jalan pesisir negeri ini akan menggantikan keperluan feri sedia ada sekali gus mengurangkan jarak dan masa perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis daripada dua jam kepada sejam perjalanan.
Ia merupakan usaha dan komitmen kerajaan Sarawak dalam membangunkan rangkaian jalan raya berkualiti tinggi bagi meningkatkan kesalinghubungan serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negeri.
Menurut Temenggung Awangku Ibrahim, 73, berkata beliau merasa gembira dan senang hati kerana jambatan ini menjadi penghubung kepada penduduk Sarikei dan penduduk kawasan pesisir di mana ia telah memendekkan perjalanan yang sebelum ini perlu melalui Bandar Sibu untuk ke Daerah Tanjung Manis, Matu dan Daro.
“Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Negeri dan pemimpin tempatan kerana begitu prihatin dalam memastikan saling berhubungan antara daerah di Sarawak,” katanya.

Awangku Ibrahim dan Yii Hee Sieng turut menyambut baik projek Jambatan Batang Rajang tersebut.
Manakala Pemanca Cina Meradong, Yii Hee Sieng, 65, berkata, beliau turut menyatakan kekagumannya dengan pandangan jauh dan komitmen kerajaan negeri kerana dengan siapnya jambatan ini akan membuka peluang baharu, kawasan baharu dan potensi baharu kepada penduduk pesisir yang mana ia benar-benar bakal mengubah lanskap ekonomi komuniti pesisir di Sarawak.
Jambatan ini seterusnya dibuka untuk kegunaan orang awam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dijangka siap sepenuhnya pada 3 Mei 2025 akan datang.
-RJ-