Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

JIWA@Komuniti MADANI Di Kampung Haji Wahed Tingkat Kesedaran Keselamatan Dalam Talian

By 19 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamed Fazri Yusri/Ramli Karim (Sarawak)

MIRI, 18 Mac (MalaysiaAktif) – JIWA@Komuniti MADANI di Surau Nurul Hidayah, Kampung Haji Wahed, di sini kelmarin telah berjaya memberi kesedaran kepada komuniti setempat berkaitan keselamatan dalam talian.

Sumbangan bakul makanan kepada asnaf terpilih.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Miri dengan kerjasama Komuniti MADANI Kampung Haji Wahed di sini telah berjaya menghimpunkan ahli-ahli komuniti serta penduduk kampung dalam satu usaha meningkatkan kesedaran dan peranan masyarakat mengenai kempen kesedaran dalam talian serta mengukuhkan semangat perpaduan.

Turut berlangsung ialah penyampaian sumbangan kepada 10 orang asnaf yang terpilih sebagai tanda keprihatinan kepada golongan yang memerlukan.

Pegawai Penerangan Daerah Miri, Aidawatie Mustapha ketika berucap pada program itu memberi penekanan kepada kepentingan kesedaran dalam talian kepada masyarakat.

Agihan bubur kepada penduduk Kampung Haji Wahed.

“AIFA Chatbot ialah sebuah platform yang dibangunkan untuk membantu rakyat dalam menyemak kesahihan maklumat serta memerangi penyebaran berita palsu dalam talian,” katanya.

Program kemudian diserikan dengan pengagihan bubur kacang sebanyak 200 bungkus kepada penduduk kampung sebagai simbolik perpaduan dan kebersamaan dalam komuniti.

-ZS-

Tinggalkan komen anda