Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

JIWA@Komuniti MADANI Kukuhkan Komunikasi, Pererat Hubungan Masyarakat

By 9 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shafira Mat Hussin

BACHOK, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI yang berlangsung di tapak sementara Masjid Tok Lebai Mat, Kampung Beris Kubur Besar, di sini hari ini, berjaya memperkukuhkan komunikasi dua hala serta mempererat hubungan antara Komuniti MADANI dan masyarakat setempat.

Taklimat Isu Semasa oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan dan Majlis Tahlil mendapat sambutan meriah

Program anjuran Komuniti MADANI Beris Kubur Besar itu diisi dengan aktiviti gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa, yang melibatkan ahli jawatankuasa Komuniti MADANI, penduduk setempat serta ahli kariah masjid.

Pelancaran Tabung Sumbangan Wakaf Bina Semula Masjid Tok Lebai Mat Inisiatif AJK Komuniti MADANI Beris Kubur Besar 

Ketua Komuniti MADANI Beris Kubur Besar, Mohd Zain Mamat berkata, program ini bukan sekadar mengimarahkan masjid, malah berperanan sebagai platform penyebaran maklumat yang lebih berfokus kepada masyarakat.

“Komuniti MADANI bertanggungjawab menyampaikan maklumat kepada penduduk, selain menjadi penghubung dalam menyebarluaskan inisiatif seperti kutipan dana bagi membina semula Masjid Tok Lebai Mat yang masih dalam pembinaan,” katanya.

Sehubungan itu, satu pelancaran Tabung Sumbangan Wakaf Bina Semula Masjid Tok Lebai Mat yang telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md. Nor.

Beliau berkata, usaha seperti ini wajar dicontohi kerana bukan sahaja memperkukuhkan solidariti masyarakat, malah memberi manfaat kepada pembangunan komuniti setempat.

“Komuniti MADANI berperanan penting dalam memperkasakan masyarakat melalui pelbagai bentuk kerjasama yang boleh dijalankan secara kolektif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan dan menjejaskan keharmonian komuniti.

“Bagi memastikan ketulenan sesuatu maklumat, Kementerian Komunikasi telah memperkenalkan aplikasi Chatbot AIFA yang membolehkan orang awam menyemak kesahihan sebarang berita tular dengan mudah melalui sumber rasmi kerajaan,” katanya.

Program tersebut berlangsung dalam suasana penuh muhibah dan turut dihadiri oleh penduduk setempat yang memberikan sokongan terhadap usaha pembinaan semula masjid serta pengukuhan komunikasi dalam komuniti.

-AA-

Tinggalkan komen anda