
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 23 Mac (MalaysiaAktif) – Jualan Daging Termurah anjuran Pejabat Dr Fathul Bari dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pertubuhan Kebajikan Anak Jati Perlis (JATI) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai terutamanya penduduk di Parlimen Kangar.

Antara daging yang telah siap untuk dijual
Menurut Dr Fathul Bari Mat Jahya yang juga Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, berkata lebih dari 1,000 bekas daging segar tempatan yang dijual di Perkarangan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis dengan harga RM20 sekilogram habis terjual dalam masa cuma dua jam sahaja.

Aktiviti gotong-royong memotong daging oleh APM dan ATM
“Program ini bukan sekadar aktiviti jual beli semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab sosial yang kami galas dengan penuh keikhlasan demi menyantuni rakyat Perlis, khususnya di Parlimen Kangar dan telah diadakan sejak dari tahun lepas lagi.
“Pada tahun lepas, harga yang dijual untuk sekilo daging adalah RM25 tetapi pada tahun ini, kami turunkan sedikit harga tersebut pada cuma RM20 sahaja,” ujarnya.
Ia diadakan bersekali dengan Majlis Iftar & Moreh Perdana anjuran Pejabat Datuk Dr. Fathul Bari dengan kerjasama JATI, APM & Bridged 30 (ATM).
Tambah Fathul lagi, majlis ini turut diadakan bersekali dengan sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-73, sebagai penghargaan kepada para wira yang sentiasa komited melindungi keselamatan rakyat.
Dianggarkan lebih dari 2000 orang telah hadir untuk membeli serta menyertai program ini dengan enam ekor lembu telah ditumbangkan.
Lima ekor untuk jualan dan seekor lagi untuk majlis iftar dan moreh kepada para hadirin yang hadir pada program tersebut,” katanya.
-AA-