Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Julau Lifecare Society Anjur Kempen Derma Darah

By 10 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rick Anderson Rini (Sarawak)

JULAU, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Julau Lifecare Society sekali lagi telah mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Derma Darah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah.

Antara penderma darah yang hadir di sini kemarin.

Program tersebut telah berlangsung di Tapak Market Julau bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari kemarin dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sarikei.

Kempen derma darah tahun tersebut bertujuan menambah bekalan darah di bank darah khususnya di hospital dan klinik di bahagian Sarikei, selain menggalakkan amalan pendermaan secara berkala dan berharap mampu menarik lebih ramai penderma khususnya golongan yang belum pernah menderma darah.

Pengerusi Julau Lifecare Society, Kapitan Ngieng Sii Ping, menggalakkan penduduk Julau dan kawasan sekitar untuk menyertai program tersebut bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Satu beg darah yang didermakan berpotensi menyelamatkan sehingga tiga nyawa,” katanya.

Kapitan Ngieng Sii Ping menyerahkan sagu hati kepada penderma.

Mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau berharap program tersebut  dapat menjadi acara tahunan bagi meningkatkan kesedaran dan menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Sepanjang program, pemeriksaan kesihatan  secara percuma disediakan bagi memastikan penderma memenuhi syarat kelayakan sebelum menderma.

Penderma yang mengambil bahagian menerima sagu hati berupa bakul makanan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.

-RJ-

Tinggalkan komen anda