Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kadar Dividen KWSP 2024 Bukti Tatakelola MADANI Berjaya

By 20 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Abd Hamid/Muhamad Khairul Anuar Othman (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 20 Mac (MalaysiaAktif) – Pencapaian kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2024 yang memberangsangkan iaitu 6.3 peratus bagi pencarum konvensional dan syariah jelas mengembirakan para pencarum.

S. Leza menyemak baki simpanan di aplikasi KWSP i-Akaun.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Gugusan Ulu Muar S. Leeza Md Yassin, 58, prestasi pelaburan semasa dan prospek ekonomi negara yang diyakini oleh pelabur jelas memberikan pulangan yang baik kepada KWSP.

“Dividen KWSP 2024 membuktikan bahawa pelaburan jangka panjang yang mampan dapat memberikan pulangan yang baik kepada pencarum.

“Ini memberi keyakinan kepada rakyat bahawa tabungan persaraan mereka diurus dengan baik dan akan terus berkembang pada masa hadapan,” katanya dalam program JIWA Komuniti MADANI@Sembang Santai Gugusan Ulu Muar, di sini semalam.

Antara ahli Komuniti MADANI Gugusan Ulu Muar yang hadir.

Turut hadir Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah Mohd Rosli Mohd Janor, kepimpinan adat dan barisan ahli-ahli Komuniti MADANI Gugusan Ulu Muar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda