Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Karnival Salam Rahmah Tarik Lebih 800 Pengunjung di Kota Bharu

By 1 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hussin Abdullah

KOTA BHARU, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Program Karnival Salam Rahmah Pra Ramadan@Kota Lama berlangsung dengan jayanya pagi ini di Tapak Parkir Flat Buluh Kubu, Kota Bharu, menarik kehadiran lebih 800 pengunjung.

Ucapan YB. Dr Hafidzah Mustakim, ADUN Kota Lama

Pelbagai aktiviti menarik dan mendidik telah dianjurkan, termasuk program kitar semula, gotong-royong cegah denggi, pameran serta perkhidmatan daripada agensi kerajaan, selain gerai Jualan Rahmah yang menawarkan barangan pada harga lebih rendah.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), YBrs. Tuan Haji Aminuddin Zulkifli, yang merasmikan program tersebut, menekankan kepentingan inisiatif ini dalam membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40).

Ucapan perasmian oleh pengerusi FAMA, Tuan Haji Aminuddin Zulkifli

“Program ini diperkenalkan oleh kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk golongan B40, menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih murah bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Seorang pengunjung dari Flat Buluh Kubu, Mohd Hassan Ismail, 58, turut memuji penganjuran program seperti ini yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Saya berharap program-program seperti ini akan kerap diadakan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dengan wakil rakyat,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Haji Mustakim, yang bersama-sama menyokong usaha meringankan beban rakyat menjelang Ramadan.

-AA-

Tinggalkan komen anda