Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kaunter Farmasi Pandu Lalu Bakal Operasi di KK Kampung Simee

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Aminah binti Abdullah (Kinta)

IPOH, 21 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan mengambil maklum tentang kekangan pengunjung Klinik Kesihatan Kampung Simee (KK Kampung Simee) tentang kesesakan fasiliti dengan jumlah pesakit yang tinggi sehingga menyebabkan fasiliti perubatan awam terbeban dan menjadi kurang efisien.

Edaran bubur lambuk oleh Howard Lee Chuan How (kiri) bersama-sama Jenny Choy Tsi Jen

Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How menyatakan dilema ini menjadi perkara tumpuan serta agenda utama untuk diselesaikan demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk di sini.

Howard Lee Chuan How dan Jenny Choy Tsi Jen merakamkan kenangan bersama-sama kakitangan KK Kampung Simee

“KK Kampung Simee yang terletak di dalam kawasan parlimen saya pada ketika ini terlampau padat, sehinggakan ramai pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan serta ubat-ubatan terpaksa menunggu lama selain berhadapan isu kekurangan parkir kenderaan.

“Atas sebab itu, maka tercetuslah idea dan inisiatif bagi membina Kaunter Farmasi Pandu Lalu atau drive thru di dalam premis fasiliti KK Kampung Simee bagi kemudahan orang awam,” ujarnya ketika ditemui, semalam.

Menurut beliau lagi, perkhidmatan ini diharapkan dapat memberi kemudahan nilai tambah kepada pesakit yang menerima jadual ubat berkala, orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta orang awam yang memerlukan perkhidmatan ini, seiring dengan pertambahan penduduk semenjak tahun 2020 dengan kewujudan lebih banyak kawasan perumahan dan pelbagai pusat membeli-belah di kawasan ini.

“Kaunter Farmasi Pandu Lalu yang sudahpun berjaya disiapkan 100 peratus ini, dijangka akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang awam serta kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan mula beroperasi selepas Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Turut serta Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenny Choy Tsi Jen dan Pegawai Penerangan Daerah Kinta Nurul Azirah Mohd Yunus bagi Program JIWA @ Komuniti MADANI Sembang Santai untuk mengagihkan bubur lambuk sempena bulan Ramadan kepada kakitangan KK Kampung Simee dan pengunjung.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda