
Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify (Jasin)
RIM, 17 Mac (MalaysiaAktif) ā Skuad Kecoh Sahur telah menyampaikan sumbangan barang keperluan asas kepada 13 buah rumah golongan asnaf di sekitar kawasan DUN Rim sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Sesi bergambar Skuad Kecoh Sahur
Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar, program ini diadakan bagi meringankan beban mereka dan memberi sedikit keceriaan menjelang perayaan.

Khaidirah Abu Zahar menyantuni rakyat diĀ DunĀ Rim
“Saya berharap agar program seperti ini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus saling membantu terutama kepada golongan yang memerlukan.
“Inisiatif ini memberikan peluang kepada semua untuk menyumbang dan mengurangkan kesusahan yang dihadapi oleh mereka.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk McDonald’s Merlimau yang telah menaja juadah sahur di bawah program CSR McD bersama masyarakat,” ujarnya.
Program yang dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin itu turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jasin, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka Pembangunan Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Persatuan Mencegah Dadah Melaka (PEMADAM) Daerah Jasin, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Penjawat Awam (PUSPANITA) Daerah Jasin, Gerakan Belia 4B Daerah Jasin dan Skuad Antidadah Daerah Jasin.
-AA-