Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kelab Malaysiaku Bantu Perkasa Jati Diri Pelajar SMK Selirik

By 55 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Daniel Jong/Budin Gumbang (Sarawak)

KAPIT, 14 Mac (MalaysiaAktif) – Kelab Malaysiaku di SMK Selirik menjadi platform penting dalam membantu pelajar meningkatkan kefahaman mengenai perpaduan dan patriotisme melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Mohd Said sedang menandatangani buku pelawat SMK Selirik.

Pegawai Penerangan Daerah Kapit, Mohd Said Kalihing berkata Kelab Malaysiaku merupakan satu wadah bagi pelajar memperkasa jati diri dan kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

“Pelajar yang menyertai Kelab Malaysiaku berpeluang mengikuti pelbagai pengisian seperti bengkel pengacaraan majlis, pendedahan kepada amalan demokrasi melalui demonstrasi pilihan raya serta program berorientasikan kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN),” katanya semasa perjumpaan bersama Pengetua SMK Selirik, Awin Engga semalam.

Mohd Said (kiri) bersama Awin Engga (kanan) sedang mempengerusikan secara bersama semasa perjumpaan tersebut semalam.

Dalam pada itu, Awin Engga, 48, turut menyatakan sokongan penuh terhadap gerak kerja Kelab Malaysiaku dan berharap ia dapat memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam memperoleh ilmu di luar formaliti pembelajaran dan pengajaran (PdP).

Katanya, beliau yakin kelab tersebut mampu melahirkan pelajar yang lebih berkeyakinan, berpengetahuan luas mengenai negara serta lebih bersedia untuk memainkan peranan aktif dalam masyarakat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda