
Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Bencana ribut yang menimpa penduduk di daerah ini baru-baru ini telah merencatkan persiapan sambutan Aidilfitri dan Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif untuk membantu semua yang terlibat.
”Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kesejahteraan setiap rakyat dan semoga dengan bantuan yang disampaikan hari ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam persiapan menjelang perayaan Aidilfitri,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Rustam bersesi gambar bersama pemimpin masyarakat.
Hameed berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Aidilfitri dan Berbuka Puasa Bersama Yang Dipertua Negeri Melaka Peringkat DUN Ayer Limau, di sin semalam.
MAjlis tersbut memberi peluang kepada pemimpin untuk bertemu dengan rakyat selain dapat bersama memeriahkan sambutan perayaan berkenaan yang bakal menjelang pada akhir bulan ini.
Seramai 161 penerima telah mendapat sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Rustam.
Turut hadir ketua ketua jabatan dan kepimpinan masyarakat tempatan.
-ZS-