Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang Hargai Titik Peluh Nelayan

By 2 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Aziz Osman (Seberang Perai Utara)

KUALA MUDA, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Pengorbanan nelayan yang sanggup membelah samudera setiap hari untuk menyara kehidupan diri dan keluarga diberi perhatian oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Fahmi ketika berucap di hadapan nelayan di Kuala Muda.

Untuk itu inisiatif kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memperuntukan sumbangan RM500,000 bagi membantu golongan itu untuk diagihkan sebagai bentuk galakan dan penghargaan buat mereka dalam satu majlis bertempat di perkarangan Masjid Al-Hidayah Kuala Muda.

Seramai 600 orang nelayan aktif telah menerima RM350 seorang dalam bentuk baucer yang mana boleh membantu mereka membeli peralatan menangkap ikan seperti pukat, tong ikan dan beberapa lagi peralatan lain.

Bantuan disampaikan melalui Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi Dan Keterjaminan Makanan Dan Pembanggunan Koperasi Negeri Pulau Pinang Fahmi Zainol, di sini kelmarin.

“Pada tahun 2024 negeri Pulau Pinang telah merekodkan penangkapan ikan sebanyak 38791.16 metrik tan yang menunjukkan sedikit peningkatan kepada pendaratan pada tahun 2023 iaitu sebanyak 38226.24 metrik tan,” katanya.

Program dimulakan dengan solat hajat bagi memohon keberkatan dan keselamatan.

Fahmi berharap dengan bantuan yang diberikan ini dapat memberi motivasi kepada nelayan untuk terus mempertingkatkan hasil tangkapan disamping sokongan yang diberikan oleh Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menyedari para nelayan juga merupakan tulang belakang kepada keterjaminan makanan rakyat Pulau Pinang, Fahmi bertekad akan terus memperjuangkan kebajikan nelayan.

Majlis yang dinamakan dengan Majlis Munajat dan Serahan Bantuan Nelayan 2025 ini turut disertakan dengan solat hajat bagi memohon keberkatan dan perlindungan nelayan ketika berada di lautan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda