Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kerang Rebus Pilihan Menu Moreh Penduduk Parit Buntar

By 27 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman (Kerian)

PARIT BUNTAR, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Juadah Kerang dan Siput Rebus menjadi tarikan bagi penduduk setempat dan pengunjung luar untuk datang ke Selera Ramadan di sini.

Alif Daniel sibuk memenuhi pesanan daripada peminat kerang dan siput rebus di sini.

Peniaga makanan, Alif Daniel, 30, Ramadan adalah masa terbaik untuk menawarkan hidangan istimewa dengan promosi khas, pakej berbuka puasa atau jualan dalam bekas siap makan boleh menarik lebih ramai pelanggan.

“Rasanya yang manis, lembut dan segar apabila dicicah dengan sos istimewa menjadikannya hidangan ini digemari, terutama ketika berbuka puasa dan moreh selepas solat tarawih malah masih menjadi menu kegemaran walaupun Ramadan hampir ke penghujung bulan.

Tambah Alif, ramai yang memilih untuk menikmati makanan ringan sebelum mengambil hidangan berat ketika berbuka puasa.

Penduduk tempatan Parit Buntar tidak melepaskan peluang hadir sepanjang bulan puasa.

“Kerang rebus, yang mudah dimakan dan tidak terlalu mengenyangkan, menjadi pilihan sesuai untuk mengisi perut selepas seharian berpuasa serta kandungan protein dalam kerang membantu memberikan tenaga yang diperlukan tubuh,” ujarnya ketika ditemui, kelmarin.

Malaysia Aktif turut berpeluang merakamkan Alif yang sibuk memenuhi kehendak pelanggan dengan kerang rebus yang disajikan panas serta kuah pencicah pedas manis yang diakui dapat menambah selera.

-ZS-

Tinggalkan komen anda