Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerapkan Hebahan Unit Bergerak, Tingkat Keberkesanan Inisiatif Kerajaan

By 28 Mac 2025Mac 30th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Hadi Abdul Ghani/Asrul Affandi Saflie@Awang Sapre (Semporna)

SEMPORNA, 28 Mac (MalaysiaAktif) – Hebahan unit bergerak oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) di peringkat daerah perlu dipergiatkan dan tidak bermusim atau diadakan mengikut waktu tertentu sahaja.

Mohd Syah menyampaikan maklumat berkaitan naratif kerajaan menerusi hebahan kenderaan bergerak.

Pegawai Penerangan Daerah Semporna, Mohd Syah Kisun berkata, penyampaian maklumat menerusi Info On Wheels (IOW) antara kaedah yang efektif untuk menarik perhatian penduduk mendengar perkongsian secara bersemuka.

Tambahnya, masyarakat perlu sentiasa didedahkan dengan perkembangan terkini yang dilaksanakan atau diumumkan kerajaan agar pelaksanaan memberi manfaat dengan lebih meluas dan berkesan terutama kepada mereka di kawasan luar bandar.

“Saya berharap hebahan menerusi unit bergerak ini menjadi budaya dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan serta kempen-kempen penting secara konsisten dan jika maklumat ini disampaikan mengikut ‘musim’, pasti ada kelompok masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak mendapat penerangan secukupnya.

“Kita kini berada dalam era liberalisasi maklumat, di mana media sosial menjadi sumber utama masyarakat mendapatkan berita, tanpa kehadiran agensi yang turun padang untuk memberikan penerangan yang tepat, maklumat boleh dimanipulasi, sekali gus menjejaskan kestabilan politik dan sosial negara,”katanya ketika ditemui dalam program Info on Wheel (IOW) di Kampung Tarapuli, di sini pada Rabu.

Mohd Syah menandatangani buku kehadiran disaksikan Moksidin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tarapuli, Moksidin KK Danial, 59, percaya, penerangan secara bersemuka memudahkan masyarakat untuk bertanya secara langsung berkenaan isu berkaitan.

“Pendekatan ini sangat berkesan kerana ia bukan sahaja menyampaikan maklumat secara langsung, tetapi juga merapatkan hubungan antara agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan masyarakat setempat.

“Hebahan ini membolehkan kami memahami dasar-dasar kerajaan dengan lebih jelas dan mendapat maklumat sahih secara terus di samping turut membantu pemimpin tempatan menyalurkan info yang tepat kepada masyarakat di peringkat akar umbi,” ujarnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda