
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)
PEKAN, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyeru umat Islam agar mengejar pahala sempena bulan Ramadan ini.

Penyampaian bantuan kepada Masjid dan Surau dalam Parlimen Pekan oleh Ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Negara.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa, di sini semalam.
“Hayatilah semangat Ramadan dengan mengeratkan silaturahim dan membantu golongan yang kurang bernasib baik,” katanya.
Ujar beliau lagi, Ramadan merupakan bulan mulia dan rebutlah yang datang ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali.

Antara tetamu yang hadir di majlis berbuka puasa bersama Ketua Setiausaha Negara.
Majlis berbuka puasa ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, malah juga sebagai medan untuk membantu golongan yang memerlukan, selaras dengan semangat Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kasih sayang.
-ZS-