Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Komuniti MADANI Bantu Golongan Minoriti Terima Maklumat Kerajaan

By 17 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Maherah Marina Mahusin (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Pelbagai program Komuniti MADANI telah dilaksanakan dengan jayanya di kawasan komuniti Cina di Tepuh dalam usaha memastikan masyarakat minoriti ini tidak terpinggir daripada mendapatkan maklumat penting berkaitan kerajaan.

Timbalan Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Gong Badak Izhan Bazli Datuk Basir, berkata program Jiwa@Komuniti MADANI ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran golongan minoriti mengenai inisiatif dan bantuan kerajaan yang tersedia untuk mereka.

Sebahagian peserta yang hadir di dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA), Komuniti MADANI Gong Badak

“Komuniti MADANI berusaha untuk memastikan semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang, dapat menerima manfaat daripada program-program kerajaan.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha memperkasa komuniti dengan menyampaikan maklumat yang lebih jelas dan berkesan,” ujarnya di Dewan Komuniti Kampung Cina, Pulai Baru, di sini kelmarin.

Lebih 30 peserta daripada masyarakat Cina hadir dalam program yang melibatkan pelbagai aktiviti, termasuk sesi penerangan, soal jawab dan bengkel yang memberi fokus kepada penyampaian maklumat terkini daripada pihak kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan,Aw Kong Huay, berkata program ini adalah langkah penting untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir.

Menurutnya, komunikasi bersemuka memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dengan cara yang jelas dan mudah difahami, seterusnya membolehkan dasar kerajaan disampaikan dengan lebih telus.

Timbalan Pengerusi, Komuniti MADANI Kampung Gong Badak (baju biru) menyerahkan cenderahati kepada peserta program.

“Kaum Cina amat berterima kasih kepada Komuniti MADANI Gong Badak dan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus atas inisiatif mereka dalam melaksanakan program sembang santai yang memberi taklimat tentang keselamatan dalam talian dan pemeriksaan kesihatan daripada Klinik Kesihatan Bukit Tunggal,” katanya dengan penuh semangat.

Program ini mendapat sambutan positif dan masyarakat mendapat inisiatif serta manfaat dari pihak kerajaan, sekali gus mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dan pihak berkuasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda