
Laporan/foto: Siti Rahimah Binti Ajis (Sarawak)
JULAU, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Slot Khas Komuniti MADANI X NADI anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Julau bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Nanga Meluan telah berlangsung semalam di NADI Nanga Meluan.

Ahli-ahli Komuniti MADANI sedang tekun belajar benda yang baru.
Program itu bertujuan untuk memperkenalkan dan mendidik komuniti mengenai penggunaan aplikasi Microsoft Office yang kini menjadi alat penting dalam memudahkan urusan harian dan pentadbiran.
Program itu telah dihadiri oleh tiga buah Komuniti MADANI iaitu Komuniti MADANI Sungai Lasi, Komuniti MADANI Nanga Bilat dan Komuniti MADANI Nanga Kelangas dengan bimbingan daripada Shofia Meni, 34, yang juga Pengurus NADI.

Dato sedang tekun semasa sesi latihan dijalankan semalam.
Setiausaha Komuniti MADANI Sungai Lasi, Dato Barnabas Tegong, 48, berkata adalah tujuan mereka untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan teknologi baru adalah kunci kepada kemajuan.
“Dengan pendedahan kepada inovasi digital terkini ini, Komuniti MADANI kini berada di landasan yang tepat untuk menghadapi cabaran masa depan dengan lebih yakin dan bersedia dan program ini diharapkan menjadi permulaan kepada siri latihan dan inisiatif lain yang akan terus memacu kemajuan dan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh,” katanya semalam.
-RJ-