
Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)
BAU, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Kesibukan mencari rezeki dan mengurus keluarga tidak menjadi penghalang kepada Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru hadir dengan menampilkan nilai murni citra Malaysia dan semangat kekitaan bagi memeriahkan Program JIWA@ Komuniti MADANI Sembang Santai, balai raya kampung tersebut, di sini semalam.

Desmond menyampaikan ceramah berkaitan ‘Keselamatan Dalam Talian Peranan Komuniti’ di balai raya kampung itu malam tadi.
Bukan itu sahaja, malahan seawal pukul 6.00 petang, ahli-ahlinya sudah berhimpun bersama pasangan dan anak-anak mereka yang mencerminkan suasana keharmonian dan perpaduan dalam keluarga dengan bermatlamatkan mendapatkan pelbagai maklumat inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa.
Ketua Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru Desmond Andrin Aloi, 67, menyifatkan pendekatan Pejabat Penerangan Daerah Bau bertemu komuniti di peringkat akar umbi merupakan komunikasi berkesan dalam usaha menyebar luas maklumat kepada mereka ke arah kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.
“Satu usaha dan jalinan kerjasama yang cukup baik daripada Pejabat Penerangan Daerah Bau dalam mendekati komuniti di sini bagi meningkatkan kesedaran dan peranan masyarakat menjayakan pelbagai kempen kerajaan yang memberi manfaat kepada komuniti,” katanya.

Sumardi menyampaikan ceramah Rukun Negara di sini semalam..
Tambahnya, pihaknya bukan sahaja mendapat maklumat yang sahih, tepat dan terkini malahan program tersebut menjadi platform memperkukuh semangat kekitaan, keharmonian dan perpaduan dalam keluarga serta komuniti selaras dengan Prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Bau Sumardi Sugiman.
-RJ-