Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Lawatan Komuniti Madani Sungai Skrat ke Balai Bomba dan Penyelamat

By 27 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Pelapor: Kesai Andi

NIAH, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Sungai Skrat di sini telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah pada Selasa.
Ketibaan Rombongan Ahli Komuniti MADANI Sungai Skrat ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah telah di sambut oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, Rary Binjie serta anggota.

Pameran Jentera Bomba dan taklimat ringkas oleh Rary Binjie.

Semasa program tersebut, para ahli–ahli Komuniti MADANI Sungai Skrat telah mendengar taklimat ringkas Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah mengenai tugas dan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.

Program tersebut dilihat telah memberikan impak positif kepada Ahli Komuniti MADANI Sungai Skrat dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Kecil Niah turut memberikan juga demo penggunaan aplikasi Whatsapp iaitu berkenaan cara penggunaan Chatbot AIFA (Artificial Intelligence Fact-Check Assistant).

Edaran Bahan Penerbitan oleh JAPEN Daerah Kecil Niah di sini kemarin.

“Modus operandi sesetengah penjenayah siber adalah memaparkan berita palsu mengenai bantuan kerajaan untuk memudahkan mereka mengakses kepada akaun peribadi dan menggodam segala maklumat kita dan oleh itu peranan kita adalah meneliti berita tersebut terlebih dahulu,” kata Pegawai Penerangan Daerah Kecil Niah, Melina Kelali kelmarin.

-RJ-

Tinggalkan komen anda