Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KPDN Pahang Kenal Pasti Enam Lokasi Bazar Ramadan Rahmah

By 1 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/KPDN Pahang

KUANTAN, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN) Pahang telah mengenal pasti enam lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) tahun ini.

Fuziah turut meninjau Jualan Rahmah yang diadakan sempena pembukaan pasaraya tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Dr. Fuziah Salleh, KPDN Pahang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memperkukuh program BRR yang bertujuan untuk menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada makanan berbuka Menu Rahmah yang dijual dengan harga RM5.00 dan ke bawah.

“Tahun ini enam lokasi BRR telah dikenal pasti di negeri Pahang iaitu Bazar Ramadan Mahkota Square, Kuantan; Bazar Ramadan Taman Temerloh Jaya, Temerloh; Bazar Ramadan Bandar Jerantut, Jerantut; Bazar Ramadan Muadzam Shah, Rompin; Bazar Ramadan Dataran Kerayong, Bera dan Bazar Ramadan Bandar Raub, Raub,” katanya di sini kelmarin.

Fuziah beramah-mesra bersama pengunjung pasar raya.

BRR ini turut mengambil langkah proaktif dalam menggalakkan perniagaan yang berkonsepkan digital khususnya dalam sektor peruncitan melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan.

“Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pendedahan kepada peniaga dan pengguna menggunakan kemudahan e-wallet dalam berurusniaga,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda