
Laporan/foto: M Zakry Chan/Farisya Farnoh
MASJID TANAH, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Tibanya Bulan Ramadan pasti ramai yang mencari kuih muih bagi membuka selera ketika berbuka puasa, antara kuih tradisional yang makin susah untuk dijumpai ialah kuih serabai.
Ketika zaman dahulu sering kita mendengar kuih serabai ini sinonim dihidangkan ketika ada kematian, sebaik jenazah selesai dikebumikan, kuih serabai ini akan dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

Ahmad Azri Ismail, memastikan kualiti kuih serabai sentiasa diberi perhatian
Namun hari ini kuih serabai menjadi kuih yang boleh dikatakan rare kerana agak sukar didapati dan tidak ramai yang mengusahakan kuih ini.

Pelangan dari Kuala Lumpur singgah mendapatkan kuih serabai
Menurut pengusaha kuih serabai, Ahmad Azri Ismail, 36, resipi kuih serabai ini diperolehi turun menurun daripada keluarga dan nekad memulakan perniagaan selepas terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Pelangan dari jauh sanggup datang untuk mendapatkan kuih serabai lebih-lebih lagi bila hujung minggu jualan kuih serabai boleh mencapai 600 keping dan pada bulan Ramadan pemintaan akan bertambah.
“Pastinya banyak cabaran dalam perniagaan kuih-muih antaranya kenaikkan kos bahan mentah seperti kelapa namun saya harus berfikiran positif dan harus mencari jalan penyelesaian dengan membeli terus kelapa dari orang kampung di sekitar Ayer Limau,” ujarnya.
Tambahnya, bagi mengembangkan perniagaan, beliau berharap agar jabatan dan agensi kerajaan dapat membantu dalam memperkasakan ilmu pemasaran dalam era digital selain bantuan kursus-kursus pengurusan kewangan dan sebagainya.
-AA-