Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman Tidak Diroboh, Hanya Pemindahan – Jakel

By 20 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri

KUALA LUMPUR 20 Mac (MalaysiaAktif) – Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akan melalui proses pemindahan dan tidak akan dirobohkan.

“Tiada perobohan akan dilakukan terhadap Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, sebaliknya perbincangan selama lebih 10 tahun tertumpu kepada proses pemindahan secara harmoni,” kata Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) Aiman Dazuki.

“Tidak ada terma perobohan, kerana perkara ini masih lagi dalam perbincangan,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Jakel Datuk Syed Nasrul Fahmi Syed Muhamad turut menyatakan bahawa isu ini masih dalam perbincangan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mencadangkan beberapa lokasi baru pemindahan kuil tersebut.

Jakel turut menjelaskan bahawa majlis pecah tanah yang akan dilaksanakan pada 27 Mac ini bukan bermaksud pembinaan akan dimulakan serta-merta, sebaliknya sekadar simbolik mengambil berkat bulan baik terhadap projek tersebut.

“Ia hanya akan dilaksanakan setelah pemindahan kuil selesai sepenuhnya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda