Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Latihan ICT NADI Pekan Bandar Baharu Perkasa Komuniti MADANI dengan Kemahiran Digital

By 24 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Program Latihan ICT NADI Pekan Bandar Baharu bersama Komuniti MADANI Bagan Samak berlangsung dengan jayanya di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Bandar Baharu, kelmarin.

Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mempelajari asas penggunaan teknologi digital melalui kelas e-Card – Ucapan Hari Raya Aidilfitri Komuniti MADANI yang mengajar peserta cara menghasilkan kad ucapan digital menggunakan aplikasi Canva.

Md Sharif melahirkan rasa teruja kerana dapat mempelajari cara menghasilkan kad ucapan hari raya secara digital.

Menurut Pengurus NADI tersebut Syahmi Hayat Md Salleh, program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat mengenai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian.

“Latihan ini membantu peserta memahami asas teknologi digital, sekali gus memudahkan mereka beradaptasi dengan dunia digital yang semakin berkembang,” katanya.

Salah seorang peserta Md Sharif Musa, 62, melahirkan rasa teruja kerana dapat mempelajari cara menghasilkan kad ucapan hari raya secara digital.

“Ini pengalaman baharu buat saya dan saya bercadang untuk menggunakan kad digital ini bagi menghantar ucapan kepada keluarga dan sahabat pada hari raya nanti,” katanya.

Mohd Yusuf, berkata program ini memberi peluang kepada warga emas untuk belajar menggunakan komputer dan aplikasi kreatif seperti Canva yang sangat-sangat membantu.

Bagi Mohd Yusuf Sudin, 65, program ini memberi peluang kepada warga emas untuk belajar menggunakan komputer dan aplikasi kreatif seperti Canva.

“Saya sangat teruja kerana akhirnya dapat menghasilkan kad ucapan digital sendiri.

“Program seperti ini sangat berguna untuk golongan seperti kami agar tidak ketinggalan dalam arus teknologi,” ujarnya.

Penganjuran latihan ICT seperti ini diharap dapat memperkasakan komuniti dengan kemahiran digital yang berguna serta menggalakkan penggunaan teknologi dalam komunikasi harian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda