Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

LCS Tunjuk Perkembangan Positif, Bukti Siap Siaga Kuasa Tempur TLDM

By 12 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/Angkatan Tentera Malaysia

LUMUT, 12 Mac (MalaysiaAktif) – Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin telah mengadakan tinjuan rasmi bagi perkembangan proses pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Frigat Kelas Maharaja Lela bertempat di Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut, di sini semalam.

Sesi bergambar bagi tinjuan rasmi bagi perkembangan proses pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Frigat Kelas Maharaja Lela bertempat di Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut.

Menurut kenyataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), LCS 1 telah berjaya diluncurkan ke permukaan air bagi menjalani fasa ujian di pelabuhan pada Mei 2024 dan seterusnya dijadualkan menjalani fasa ujian di laut sebelum diserahkan kepada TLDM untuk pengoperasian sepenuhnya yang dijangka pada Ogos tahun depan.

“Delegasi lawatan turut berkesempatan melihat perkembangan pembinaan LCS 2 yang telah mencapai 68.57 peratus siap dan dijangka bakal diluncurkan ke air pada bulan Mei tahun ini,” menurut kenyataan tersebut.

Panglima Angkatan Tentera ketika tinjauan rasmi semalam.

Tambah ATM lagi, menerusi Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15 to 5 bakal memastikan TLDM ke arah sebuah angkatan laut yang memiliki kuasa tempur ampuh menjelang tahun 2030 seiring dengan kemampuan negara serantau.

Mengakhiri lawatan tersebut, Mohd Nizam Jaafar dan Khaled Nordin berkesempatan melihat Bot Ibrahim Class CLASS yang telah dikurniakan kepada TLDM oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda