Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Majlis Berbuka Puasa dan Jerayawara Bubur Lambuk Pupuk Perpaduan Telang Usan

By 17 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Regina Lasia/Mohammad Amin (Sarawak)

LONG LAMA, 26 Mac (MalaysiaAktif) –Majlis berbuka puasa sempena Program Jerayawara Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Daerah Telang Usan dengan kerjasama Pejabat Daerah Telang Usan telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan tebingan sungai (Waterfront) Long Lama semalam.

Dennis turut serta menghidangkan makanan kepada para tetamu yang hadir.

Program tersebut telah diadakan diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau yang juga merangkap Naib Presiden SABERKAS Negeri Sarawak.

Dennis (tengah) menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di Long Lama di sini semalam.

“Program ini bukan sahaja menjadi satu tradisi dalam bulan Ramadan, tetapi juga sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat dan inisiatif seperti ini amat penting dalam memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat kekal erat, di samping memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya semalam.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda