
Laporan/foto: Anuar Che Amat
PAUH, 24 Mac (MalaysiaAktif) – Satu majlis dialog bersama masyarakat non muslim dari pelbagai agama dan majlis berbuka puasa bersama masyakat majmuk telah diadakan di Masjid Alwi Kangar.

Masyarakat bukan muslim turut berbuka puasa bersama kaum muslim di perkarangan Masjid Alwi
Dialog ini dianjurkan oleh Perlis Centre of Wisdom di bawah Jabatan Mufti Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis serta Masjid Alwi telah dihadiri lebih dari 50 orang masyarakat bukan islam di negeri Perlis.

Antara masyarakat bukan muslim yang hadir berbuka puasa
Menurut Mufti Negeri Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin, berkata program ini bertujuan membina hubungan antara agama dan bangsa seterusnya mewujudkan suasana harmoni dalam kepelbagaian masyarakat khususnya di negeri Perlis.
Antara tetamu yang hadir adalah dari wakil Persatuan Rumah Ibadat Bukan Islam iaitu dari Tokong Sayur, Wat Siam Kubang Tiga, Komuniti Siam Guar Nangka dan Buddhis Society Perlis .
“Ia memberi peluang kepada masyarakat bukan muslim melihat suasana muslim beribadat dan mereka juga dijemput menyertai masyarakat muslim berbuka puasa di hadapan halaman Masjid Alwi yang sememangnya meriah setiap hari ketika waktu berbuka.
“Mereka juga diberikan sedikit hadiah oleh pihak MAIPs sebagai tanda persahabatan yang baik,” katanya.
Tambah Asri lagi penyertaan sangat baik di mana mereka berpeluang untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai agama Islam .
-AA-