
Laporan/foto: Jacky Chai Zhen Wui (pelatih BMKK JAPEN Sarawak)
KUCHING, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Operasi Semut 1945 antara peristiwa penting dalam lipatan sejarah Sarawak terus diperingati.

Gita, berpendapat acara ini wajar diteruskan.
Acara yang berlangsung di Padang Merdeka di sini pagi tadi iaitu Majlis Hari Peringatan Antarabangsa Ke-80 Pendaratan Payung Terjun Operasi Semut 1945 menampilkan lakonan semula terjunan, sesi penyerahan bendera kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta persembahan menarik.
Seorang pesara guru, Gita Bhattacharya, 65, berpendapat acara sedemikian perlu diteruskan supaya generasi muda dapat mengetahui peristiwa penting tersebut.

Abdul Razak berharap publisiti sejarah Operasi Semut 1945 dipersakan dalam kalangan generasi muda .
Senada dengan pandangan tersebut, seorang pesara dan ahli perniagaan, Abdul Razak Wahid, 61, berkata publisiti terhadap sejarah Operasi Semut 1945 perlu diperluas kerana kebanyakan generasi muda tidak mengenali peristiwa tersebut.
“Mungkin pada masa lain, mereka perlu menjemput sekolah atau pertubuhan bukan kerajaan untuk menyertainya supaya acara tersebut nampak lebih meriah,” katanya.
Jane Margaret, 62, dari suku kaum Kelabit, turut berharap acara tersebut dibuat lagi supaya masyarakat dapat mengetahui sejarah yang terjadi di Bario ketika berlakunya perang.

Jane gembira Operasi Semut 1945 disambut dengan meriah setiap tahun.
Operasi Semut 1945 yang melibatkan misi peninjauan yang dilaksanakan oleh Unit Khas Z Australia semasa Perang Dunia Kedua, bertujuan mengumpul maklumat perisikan dan melatih penduduk asli tempatan dalam taktik peperangan gerila bagi menentang tentera Jepun.
-RJ-