Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Manfaatkan Bazar Ramadan Jayakan Program Info on Wheels (IOW)

By 5 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Hadi Abdul Ghani/Naif Rajamu/Asrul Affandi Saplie@Awang Safre (Semporna)

SEMPORNA, 5 Mac (MalaysiaAktif)– Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Semporna memanfaatkan sepenuhnya kemeriahan Bazar Ramadan dengan penganjuran Program Info on Wheels (IOW) dalam usaha menyampaikan maklumat kerajaan secara bersemuka kepada komuniti setempat.

Mohamma Syah mengedarkan risalah kepada Hassan pada program IOW kemarin.

Dikunjungi masyarakat daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama, IOW di Bazar Ramadan dilihat mampu meningkatkan kepekaan masyarakat mengenai dasar kerajaan serta pemahaman mereka terhadap isu-isu semasa.

Pegawai Penerangan Daerah Semporna, Mohamma Syah Kisun berkata, program tersebut bukan sahaja sebagai medium penyampaian maklumat tetapi juga mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan masyarakat setempat.

“Memang menarik kerana program ini dapat merapatkan hubungan antara agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan golongan sasar secara santai.

Program ini turut disertakan dengan hebahan maklumat sahih daripada Jabatan Penerangan, yang merangkumi penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan, inisiatif semasa, serta isu-isu penting yang memberi impak kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui dalam program IOW di Tapak Bazar Ramadan Tongtalun, Taman Sempol di sini kemarin.

Jelasnya, selain mengedarkan risalah, Unit Bergerak JAPEN Daerah Semporna berupaya memberikan penjelasan secara bersemuka dan membuka ruang kepada masyarakat untuk mengemukakan persoalan berkaitan dasar kerajaan.

Mohamma Syah memberi penerangan tentang naratif-naratif kerajaan kepada peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Tongtalun, Taman Sempol.

“Melalui program IOW, maklumat dapat disampaikan secara lebih dekat dengan masyarakat. Selain mengedarkan risalah dan memberi penjelasan secara bersemuka, program ini juga memberi peluang kepada komuniti untuk bertanya serta memahami dasar kerajaan dengan lebih jelas,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Hassan Hussein, 60, berkata, program berkenaan memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan membimbing mereka untuk menilai kesahihan maklumat terutamanya daripada media sosial.

“Program ini membuka mata dan minda kami terhadap kesan buruk mengambil maklumat daripada sumber yang tidak sahih, seperti hantaran individu di media sosial yang boleh memanipulasi pendapat pembaca,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda