Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Manfaatkan Ramadan, Didik Sifat Toleransi Antara Bangsa

By 14 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Charlane Aloysius Sitaim (Sandakan)

SANDAKAN, 14 Mac (MalaysiaAktif) – Aktiviti kemasyarakatan di Bulan Ramadan memperlihatkan dengan jelas bagaimana wakil rakyat dan masyarakat mempamerkan semangat perpaduan walaupun berbeza bangsa serta fahaman agama.

Kehadiran Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee semasa sesi menyediakan hidangan berbuka puasa bersama penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra di sini berupaya mendidik sifat toleransi dalam kalangan masyarakat.

Vivian menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada asnaf.

Jelas Vivian, sikap menghormati agama dan budaya antara kaum penting perlu diberi penekanan sebagai asas membina masyarakat yang lebih inklusif dan harmoni terutama dalam komuniti majmuk.

“Program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa, tetapi untuk memperkukuhkan semangat kekeluargaan dan persahabatan selain mengeratkan hubungan antara semua lapisan masyarakat khasnya di Sandakan.

“Di samping memperkukuhkan perpaduan, dan mewujudkan suasana saling menghormati di (dalam) kalangan pelbagai kaum, ini adalah langkah penting ke arah mencipta komuniti yang lebih penyayang dan bersatu padu,” katanya ketika merasmikan program Program Jiwa @Komuniti Madani Kemasyarakatan PPR Taman Mesra di sini pada Rabu.

Dalam usaha untuk meringankan beban golongan asnaf, beliau turut memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas bagi memastikan mereka yang kurang bernasib baik turut merasai keceriaan dan kemeriahan bulan Ramadan.

Sekitar suasana program Jiwa@Komuniti Madani Kemasyarakatan berlangsung.

Sementara itu, Ketua Komuniti Madani Taman Mesra Ryme Kianhing, 65, berpendapat program berkenaan bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan, tetapi juga komitmen untuk menjadikan komuniti yang lebih peduli dan prihatin terhadap nasib sesama insan.

“Melalui program sebegini, nilai kemanusiaan dan kesatuan dalam masyarakat dapat diperkukuhkan, sekali gus mencipta suasana harmoni yang memberi impak positif kepada seluruh komuniti,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda