Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Masjid MADANI Bakal Mercu Tanda Baharu Perkembangan Syiar Islam di Kuala Lumpur

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Hafizee Md Hashim

KUALA LUMPUR, 28 Mac (MalaysiaAktif) – Masjid MADANI di Jalan Bunus dijangka siap pada 2027 bakal menjadi mercu tanda baharu dalam perkembangan syiar Islam di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Gimik perasmian oleh Perdana Menteri.

Masjid yang berkonsepkan intipati Malaysia dan setinggi empat tingkat itu dijangka mampu menampung kira-kira 2,900 jemaah pada satu-satu masa termasuk 592 jemaah di ruang utama solat yang terletak di tingkat satu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata selain ruang solat, masjid itu yang akan dibina di atas tanah seluas 12,142 kaki persegi itu turut mempunyai dewan acara selain pejabat serta pelbagai kemudahan asas.

“Fadillah (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof) pun sebut, cadangkan supaya ada ruang budaya, seni, tempat masyarakat berkumpul di masjid ini sebab ini masjid kota dan supaya rakan-rakan bukan Islam tak rasa kekok, kenal Islam yang sederhana, Islam yang penuh dengan rahmah dan hikmah,” katanya dalam Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid MADANI, di sini semalam.

Ucapan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang turut berucap di majlis itu, berkata pembinaan masjid berkenaan mengambil kira keperluan masyarakat setempat yang menghadapi masalah kesesakan teruk di masjid berhampiran terutama sekali ketika hari Jumaat dan musim perayaan.

“Kewujudan masjid ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada umat Islam di kawasan sekitar tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan masyarakat dengan menyediakan kemudahan tempat ibadah yang selesa dan teratur,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda