Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Masjid Tuminah Hamidi Mercu Tanda Syiar Islam di Bagan Datuk

By 12 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Facebook Zahid Hamidi

RUNGKUP, 12 Mac (MalaysiaAktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi yang menjadi tanda berdirinya syiar Islam di daerah ini, di sini kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mewakili seluruh penduduk Bagan Datuk menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas limpah perkenan Sultan Nazrin di atas keberangkatan dan sekali gus merasmikan masjid.

Kedudukannya yang dibina diatas sungai menjadikannya sebagai masjid terapung yang ketiga di Perak.

“Sesungguhnya, keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menambahkan kemuliaan majlis dan mencerminkan keprihatinan tinggi terhadap pembangunan institusi keagamaan di negeri Perak Darul Ridzuan.

“Masjid ini akan menjadi institusi yang bukan hanya sebagai rumah ibadah, malah akan berkembang sebagai pusat dakwah, keilmuan dan pemerkasaan masyarakat, menghidupkan sinar Islam dalam kehidupan ummah,” katanya.

Pembinaan Masjid Tuminah Hamidi diilhamkan sendiri oleh Ahmad Zahid Hamidi bersempena dengan nama ibu dan bapanya iaitu Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil dan Allahyarham Raden Hamidi Raden Abdul Fatah.

“Dengan izin Allah, ia akan menjadi wadah penyatuan umat, memperkukuh akidah dan menyemarakkan roh keislaman dalam kalangan rakyat, khususnya di Bagan Datuk,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk.

Dibina dengan kos RM53 juta, pembinaannya bermula pada 2017 dan siap pada pertengahan 2023.

Ruang solat mampu menempatkan 5,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Keluasan lantainya seluas 8.870 meter persegi dan mampu menampung 5,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Selain mempunyai ruang solat untuk lelaki di ruang bawah dan wanita di ruang atas, kompleks masjid ini turut menempatkan ruang pejabat, galeri pameran al-Quran dan dewan serbaguna.

Kedudukannya yang dibina diatas sungai Perak menjadikannya sebagai masjid terapung yang ketiga di Perak selepas Masjid Al-Badr Pulau Pangkor dan Masjid Kampung Telaga Nenas Ayer Tawar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda