Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Masyarakat Terus Meletakkan Kepercayaan dan Keyakinan Terhadap Lembaga Tabung Haji

By 19 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 21 Mac (MalaysiaAktif) – Pencapaian kadar dividen Tabung Haji (TH) 2024 yang memberangsangkan iaitu 3.25 peratus bagi pendeposit akaun TH memberikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat untuk terus menjadi pendeposit.

Menurut pesara Zainal Azhar Yusuf, 56, yang ditemui di Masjid Alwi pagi tadi selepas mengikuti Kelas Pengajian Kitab Al Syamail Al Muhammadiyyah yang disampaikan oleh Mufti Negeri Perlis Sahibul Samahah Professor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainol Abidin sebagai seorang pendeposit menjadikan keyakinannya terhadap TH akan berterusan.

“Saya juga meletakkan harapan agar di pihak TH dapat memberikan prestasi yang lebih baik agar kami para pendeposit akan dapat menikmati lebih di masa akan datang,” katanya.

Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Nurul Huda Maarif, 26, turut mengucapkan syukur atas kadar dividen tersebut.

“Alhamdulillah, dividen pada tahun ini dibanding beberapa tahun lepas memperlihatkan pengurusan yang stabil tanpa penyelewengan dan membolehkan kami para pendeposit mendapat faedah yang meningkat dengan hanya membuat simpanan di TH,” ujarnya yang ditemui pagi tadi.

Nurul Huda turut menyatakan dengan kepercayaan ini, akan mengajak lebih ramai ahli keluarga untuk turut membuka akaun dan menyimpan di TH yang dijamin simpanannya oleh kerajaan.

Nuraimuni Mohd Azumer, 30, yang ditemui menyatakan rasa syukur.

“Sebagai seorang penyimpan di akaun TH dari dahulu, kadar dividen ini membuktikan kestabilan melalui pelaburan yang seimbang antara pasaran ekuiti dan simpanan tetap memberi hasil kepada pelanggan pendeposit TH,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda