Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Komited Perluas Peluang Rezeki Nelayan

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 26 Mac (MalaysiaAktif) – Majlis penyampaian ex-gratia atau saguhati kepada nelayan yang terjejas akibat pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menyatakan perancangan masa hadapan sektor berkenaan selain dapat bersama memeriahkan sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang akhir bulan ini.

Ab Rauf ketika menyampaikan ucapan.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, kerajaan negeri menyeru nelayan agar menceburkan diri didalam industri akuakultur seperti penternakan ikan dan udang dalam kolam selain bergiat aktif didalam persatuan nelayan untuk memastikan ekonomi mereka terus berkembang dan tidak hanya mengharapkan hasil tangkapan di laut.

“Banyak agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan yang bersedia untuk menyalurkan khidmat nasihat dan kepakaran kepada nelayan yang ingin meningkatkan tahap ekonomi mereka dengan menyertai industri akuakultur ini,” katanya dalam Program Bayaran Ex-Gratia Kepada Nelayan Yang Terjejas Akibat Pembangunan Kuala Linggi International Port (KLIP) Fasa 3, di sini semalam.

Ab Rauf bergambar bersama para penerima saguhati.

Seramai 250 nelayan dari kawasan Melaka Barat dan Negeri Sembilan telah mendapat saguhati berbentuk wang tunai akibat hasil tangkapan dilaut yang terjejas akibat pembangunan pelabuhan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Akmal Saleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda