Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Nelayan Pulau Pinang Terima Sumbangan Baucar Pukat

By 2 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Firdaus Rashid/Mawarni Ismail (Barat Daya)

BAYAN BARU, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyalurkan bantuan pukat kepada semua nelayan Zon A yang aktif dan berlesen salam satu majlis yang diadakan, di sini kelmarin.

Sesi bergambar bersama ketua unit nelayan.

Majlis dimulakan dengan sesi solat hajat bersama penerima-penerima sumbangan di Surau Bandar Bayan Baru, Mayang Pasir.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol.

Menurut beliau inisiatif ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan nelayan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan serta memperbaiki taraf hidup mereka.

“Sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk bantuan ini, yang mana seorang nelayan menerima sumbangan baucer pukat sebanyak RM350 untuk pembelian peralatan nelayan seperti pukat dan tong ikan yang boleh ditebus di kedai-kedai yang terpilih” jelasnya.

Nelayan yang hadir mendengar ucapan.

“Bantuan ini sangat bermakna kerana ia meringankan beban dan memberi semangat baru kepada nelayan untuk terus meningkatkan kecekapan serta kemahiran mereka, sekali gus menyumbang kepada peningkatan produktiviti sektor perikanan,” katanya.

Salah seorang penerima Haris, 41, menyatakan rasa bersyukur atas sokongan kerajaan MADANI dalam membantu golongan nelayan pantai, yang mana inisiatif ini diharap dapat menambah bekalan ikan dan memastikan kelestarian sumber perikanan di kawasan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda