Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pasar Chow Kit Mmenjadi Tumpuan Ramai Menjelang Ramadan

By 1 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Muhammad Azrul Hafiz

KUALA LUMPUR, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Tinjauan Malaysia Aktif semalam mendapati Pasar Chow Kit meriah dipenuhi orang ramai yang membuat persediaan awal bagi menyambut bulan istimewa, Ramadan.

Suasana sekitar Pasar Chow Kit.

Rata-rata yang ditemui membeli keperluan barangan basah dan kering.

Menurut Osman, 66, Pasar Chow Kit menjadi tumpuan kerana pasar ini terdapat pelbagai jenis barangan yang segar, murah dan mudah didapati di sini.

“Pasar Chow Kit menjadi pilihan untuk membeli persediaan ramadan kerana harga yang ditawarkan di pasar ini berpatutan.

“Kesesakan di kawasan ini juga meningkat pada berbanding kelmarin kerana ramai pelanggan ingin mendapatkan barangan segar dengan harga yang lebih rendah,” katanya.

Osman ketika ditemu bual Malaysia Aktif.

Menurutnya, kemeriahan ini menjadi sebahagian daripada tradisi tahunan yang dinanti-nantikan oleh penduduk sekitar Kuala Lumpur.

Tambah Osman lagi, nama Pasar Chow Kit ini sendiri merupakan salah sebuah pasar ikonik yang terdapat di Kuala Lumpur dan ia sering kali menjadi tempat untuk membeli barangan keperluan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda